JAM BESAR ALOR SETAR

JAM BESAR ALOR SETAR

muhidz
Description
Menara ini terletak di Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu. Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya. Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu. Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan dan fungsinya. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir #ALOR_SETAR #ARCHITECTURE #BANGUNAN #CLOCK #CLOCK_TOWER #JAM_BESAR #KEDAH #MALAYSIA #MOORISH #MUHIDZ #TIME
Default Title